Sejarah Awal Sistem Pendidikan di Malaysia
Rabu, 03 Januari 2018
Edit
DEWI MUTIARA SARI 015/SAT
Sebelum  kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan  tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak pendidikan yang  ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah  laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan  diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis  dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
Pada  peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut  'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang  terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang  di bina di sekelilingnya.
Peringkat  kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman  penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah  melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa  penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar  pendidikan Kebangsaan.
Pentadbiran  pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu  "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang  pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah  semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan  sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris  mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816.
Walau  bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga  sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian  Inggeris dengan pembesar � pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini  telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau  batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak  menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk  meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan.  Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen  (benovelent welfare policy).
Oleh  itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan  struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia  ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang  secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk  unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka  wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan  struktur masyarakat majmuk.
Terdapat  lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan  plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan  penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah  menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal  mereka.
Pendidikan Awal
1.      Pendidikan  Melayu
Pendidikan Melayu yang awal menekankan  pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M).  Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu  yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki  sekolah menengah Inggeris di bandar.
Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu  diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak  Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan  yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja  dengan skop dan kokurikulum yang terhad.
Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah  cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan  masyarakat melayu. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang  bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan  mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini  adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan  pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura.
Pada tahun 1922, bagi memenuhi  permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan,  Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap  Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini  ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri.  Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu  daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.
2.      Pendidikan  Arab Dan Agama
Satu lagi jurusan persekolahan untuk  menampung persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah  ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan  pengajaranQuran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia  Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di  semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
3.      Pendidikan  Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan  Inggeris dalam hal ehwal social kaum pendatang menyebabkan wujudnya  sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh  masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun  1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan  serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina  sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak.
Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam  pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina  mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu,  Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks  serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan  pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan,  Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am.
Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah  Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah  Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu  undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan.  Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal  aktiviti sekolah ini.
Bermula tahun 1924, sebahagian  sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada  amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas  perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar  pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang  pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.
4.      Pendidikan  Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di  lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan,  seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan  oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak  memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi.
Oleh itu sekolah � sekolah Tamil yang  didirikan di ladang � ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi  kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak  berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan  kekal di ladang getah menjadi buruh kasar.
Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu  Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah  dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina  sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi  sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah  Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta  buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan  dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan  kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan  guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil.
Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad  di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan  pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara  tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.
5.      Pendidikan  Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan  di tanah Melayu apabila penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada  pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah  sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan � kawasan bandar  dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar  School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai � pegawai tadbir  rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British.
Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris  diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru  pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun  1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma  kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran  tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905,  dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical  College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan  kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.
6.      Pendidikan  Zaman Jepun.
Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945),  negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun.  Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung  Malaysia.
Dasar pelajaran di bawah pemerintahan  tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan  seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta  berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah  Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran  Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam  kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai  gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk  pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan.
Beberapa bangunan sekolah di  Bandar-bandar digunakan sebagai berek, setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat  pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk  mengajar bahasa Jepun.Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa  di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan. Suratkhabar juga mempunyai  ruangan khas bagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan  Jepun tidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk  identiti Kebangsaan.
7.      Perkembangan  pembangunan pendidikan awal merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan  politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat  pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan  kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum  tentang pendidikan.
Orang Melayu mula mendesak ,supaya  Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah � sekolah Melayu serta menambahkan  peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu  sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun  1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa  berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai  pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur  kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan.
Cadangan tersebu ditentang hebat oleh  orang Cina.Laporan Fenn Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan  Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan  di Tanah Melayu , Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan  cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa  iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa  pengantar.
Daftar Pustaka:
Rohman,Arif.2010.Pendidikan Komparatif.Yogyakarta:LaksBang Mediatama